Showing posts with label Nukilan Kehidupan. Show all posts

Permulaan 2011 Menuju CintaNYA..  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Alhamdulillah..minggu pertama kuliah telah aku lalui dengan penuh ghairah mencari cintaNYA. Sekaligus merasai kemanisan mengerakkan kerja-kerja dakwah ini.

Rinduku pada sahabat semua semakin terubat. Jiwa yang lemah selepas mendapat ujianNYA semakin kuatdengan bantuan sahabat-sahabat semua. Terima Kasih semua...hanya ALLAH dapat membalas semuanya.

Kini hari-hari semakin sibuk dengan tugasan-tugasan, dan kerinduan kepada gerak kerja juga semakin memuncak.Semoga dengan ujian kesihatan ini tidak menghalangku melakukannya semua. InsyaALLAH.

Perjalanan Mencari Redha...  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Walaupun letih yang di rasa akibat baru bermusafir selama 3hari ke Pulau Pinang tidak mematahkan semangatku untuk bertemu Ibu tercinta di tanah kelahiranku.

Diri baru bermuhasabah apabila menjenguk anak-anak didikku di Pulau Pinang, mereka adalah bakal-bakal pendokong perjuangan sekaligus pembela agama ALLAH SWT. 3 hari bersama mereka banyak mengimbau kenangan kami bersama di tahun 2009. Aku gembira dan terharu, pelajar-pelajar ini akan membawa imej Islam setelah 6 Tahun dididik dalam ruanglingkup Islam. Aku sempat berpesan kepada mereka sebelum kaki ini melangkah pergi meninggalkan mereka untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam semuala.

"Kita hidup di dunia ini adalah hamba, Hamba pada ALLAH SWT.. Jangan sesekali ada rasa sombong dalam diri. kerana itu sedikitpun tidak menguntungkan kamu. sebaliknya hanya lah merugikan kamu. Hidup ini mulia kerana ISLAM, Islam tidak sesekali memerlukan kita, namun sebaliknya kita yang memerlukan Islam. Teori telah dipelajari, sekarang kamu akan maju selangkah kehadapan untuk menegakkan agama ALLAH. gunakan segala ilmu yang ada, dan jangan lupa pada satu ikatan yang kita bina selama ini. Ikatan itu adalah "Ikatan Ukhuwwah". Semoga kamu dalam redha dan rahmat ALLAH SWT. InsyaALLAH."

Aku Puas!!!  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Alhamdulillah..syukur kehadratNYA, kita semua masih diberi nikmat iman dan islam. Nikmat yang paling agung dalam kehidupan kita yang bergelar manusia. Aku merasa puas walaupun dengan KEGAGALANku, aku tetap dan sentiasa berusaha mengadukan kepadaNYA. Segala ku lakukan selepas MENGADU padaMU ya ALLAH.

Aku Puas!!!
Satu ungkapan yang terungkap dari bibirku tika mengetahui keputusan itu, kerana sebelum melaksanakannya aku lebih dahulu berusaha dan ku serahkan kepadaNYA bersaksikan deraian airmata mengharap ketentuan dariNYA mana yang terbaik UNTUKKU dan terbaik UNTUK AGAMANYA.

Akhirnya aku puas!!
Hanya aku dan DIA tahu maknanya...terima kasih semua.

Selamat Kembali Ke Medan Akademik  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Hampir ku lupa tanggungjawabku sebagai seorang hambaNYA dan sebagai penuntut ilmu di duniaNYA. Hampir 2 minggu bercuti dari tugasan kuliah..kini masanya hampir tiba. Masa untuk kembali ke medan akademik yang semua memahami bahawa medan ini memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran dalam menjalaninya.

Pejam celik aku hampir setahun dalam pengajian ini. Pengajian ilmu ALLAH yang begitu mencabar fizikal dan juga rohani. Jatuh bangun yang ku alami walaupun baru setahun cukup mengajarku erti kesabaran.