Selamat Kembali Ke Medan Akademik  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Hampir ku lupa tanggungjawabku sebagai seorang hambaNYA dan sebagai penuntut ilmu di duniaNYA. Hampir 2 minggu bercuti dari tugasan kuliah..kini masanya hampir tiba. Masa untuk kembali ke medan akademik yang semua memahami bahawa medan ini memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran dalam menjalaninya.

Pejam celik aku hampir setahun dalam pengajian ini. Pengajian ilmu ALLAH yang begitu mencabar fizikal dan juga rohani. Jatuh bangun yang ku alami walaupun baru setahun cukup mengajarku erti kesabaran.

Pengalaman mengajarku erti tabah dalam menjalani erti sebuah kehidupan. Perjalanan musafir ilmu ALLAH dalam mendapatkan segulung ijazah begitu berliku-liku. bermula dari 4 Jul 2005 aku bermusafir ke negeri orang dalam memenuhi tuntutan dan saranan Agama agar umatnya memiliki ilmu.

Dari 3 Tahun Kepada 4 Tahun 5 Bulan

Tempoh yang sangat jauh bezanya. Tetapi itulah yang aku lalui, dalam menghabiskan pengajianku di peringkat diploma. Penuh dengan ujian, di tambah dengan tugasan sebagai dai'e perlu ku laksanakan. Kehidupan yang begitu menyeronokan walaupun di himpit dengan masa yang tidak mencukupi. Namun aku ingat sebuah nasihat dari seorang yang pernah bergelar "abg" padaku. "Sibukkan dirimu dengan hal-hal agama, mudah-nudahan ALLAH membayar setiap detik kesibukanmu dengan syurgaNYA".

Sebuah kata-kata yang ku jadikan semangat dalam ku menyelusuri kehidupan.  Terima Kasih Abangku.

Kesenangan selepas Kepayahan

Begitulah lumrah kehidupan, caturan ALLAH SWT padaku selama ini. Hampir 4 Tahun 5 Bulan aku berusaha sedaya mampuku disusuli pergantungan padaNYA. Alhamdulillah, aku diberi nikmatnya selepas ujiannya.

Aku dapat menamatkan pengajianku di peringkat diploma. Dan seterusnya aku mendapat tawaran ke peringkatIjazah dalam bidang yang sama. Berat hatiku untuk pergi, kerana mengenangkan tempoh 4 Tahun 5 Bulan sebelum ini. Istikharah dan Perbincngan aku lakukan dengan beberapa orang kenalan rapatku, Akhirnya aku pasrah kepadaMU. kerana aku yakin perancanganMU yang utama dan terbaik untuk hamba-hambaMU.

Dan aku pun pergi bermusafir kembali dalam menuntut ilmua ALLAH di bumi ini. Restu Ibu yang tidak pernah aku lupakan..aku harap ibu bersabar dalam menanti kepulangan anakmu ini, doakan anakmu sentiasa mendapat redha dan pelindunganNYA.

Sehinggalah sekarang, aku di semester 2 tahun ke-2 pengajianku dalam peringkat Ijazah. Doamu ibu tetapku nantikan siang dan malam. Kerana doamu oh ibu, anakmu terus teguh melalui jalan-jalan ini. Dan tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabatku. Terima kasih semua. AKu tidak ada apa-apa untuk membalas jasa kamu semua. Semoga ALLAH memberkati hidup kamu semua. InsyaALLAH.

Cukup dahalu buat masa ini, lain kali sambung lagi...InsyaALLAH.

This entry was posted on Friday, September 17, 2010 at 4:21 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment