Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...tiada kata dapat di ungkapkan untuk menggambarkan rasa kesyukuran ini kepadaMU ya ALLAH......
Aku hambaMU ya ALLAH....
Hamba yang mencari-cari erti cintaMU dan redhaMU....
Sering aku terleka dengan ujian dunia, kerana aku masih lemah ya ALLAH. Hanya kekuatan dariMU aku dambakan ya ALLAH.
Ketika bait-bait takbir terucap di bibir para jamaah di masjid-masjid di pagi AidilAdha...terasa diri ini pilu....kesedihan kerana terlalu indah bait-bait itu sehingga boleh melembutkan hati-hati yang keras, sehingga boleh menitiskan airmata keinsafan atas perbuatan yang lalu dan atas kerinduan kepadaMU...
Ya ALLAH....layakkah aku mendapatkan cintaMU? masih layakkah aku mengapai redhaMU itu ya ALLAH.....
Aku lemah tanpaMU ya ALLAH....aku lemah ya ALLAH.....
Teringat kata-kata seorang ustaz kepadaku masa ketika dahulu,
"Tika engkau lemah anakku, pergilah berjumpa denganNYA di tikar sembanhyangmu.... Tika engaku rindu anakku, hidupkan malam-malammu untuk bersamanya. Jangan di ambil berat kata-kata manusia tentang baik buruk kita, tetapi ambillah berat tika ALLAH menegurmu. Terkadang manusia hanya menilai yang mereka lihat sahaja,sehinggakan mengabaikan apa-apa yang tersembunyi. Siapalah kita ingin menilai seseorang manusia sedangkan diri kita sendiri juga tengah di nilai olehNYA. Janganlah bersedih anakku, bangunlah...bangunlah demi agamamu....demi DIA. kuatkan apa-apa yang lemah padamu....hilangkan kerinduaan itu dengan berusaha memperbaiki dirimu. Semoga dirimu tetap dalam cinta dan redha Illahi anakku...."
al-fatihah buat ustaz ku tersayang, semoga dirimu di tempatkan bersama-sama orang yang soleh dan redha Illahi.
Bait-bait ini lah yang sering menguatkan diriku, bukan sekadar ayat-ayat di lakarkan namun ia adalah suatu pembakar semangatku. pembakar keazamanku untuk terus mengejar cintaNYA dan redhaNYA.
ya ALLAH....aku tidak tahu, adakah aku telah berkorban demi agamamu ataupun sekadar sumbangan kosong....sumbangan yang mengharap balasan dunia ya ALLAH....bersihkanlah hati ini daripada mengharap balasan dunia ya ALLAH.
aku inginkan redhaMU...cintaMU.....
adakah ini satu PENGORBANAN ataupun satu SUMBANGAN sahaja.....
Alhamdulillah, 3 Januari 2011 aku telah sampai semula ke tanah semenanjung untuk meneruskan musafir ilmu kembali. Tahun baru dan azam baru agar menjadi hambaNYA yang bersyukur dan meneruskan bermusafir mencari cintaNYA. Manisnya jalan-jalan kehidupan dengan pelbagai hiasan dalam bentuk apapun yang telah dikurniakanNYA. Dan aku yakin, semuanya adalah BERSEBAB...
Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya!Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA à direct!!! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan? Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni… tak pernah nak sakitkan hati aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul – betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke… spiritual ke… emm memang kekasih sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.
ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.
Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi....
“Abang sayang Hajar tapi…” diam sejenak.
“Abang tak mampu menidakkan rasa cinta abang terhadap Sarah,” perlahan-lahan Ibrahim memujukku. Diam lagi.
“Sarah hadir sebelum abang mengenali Hajar namun ketetapan Tuhan mengehendaki kami berpisah buat seketika. Dengan takdir-Nya juga, kita bertemu dan jatuh cinta akhirnya berumahtangga. Akan tetapi, Sarah muncul tanpa abang duga. Kemunculan Sarah dengan seribu satu pengharapan atas kesetiaan dan pengorbanan,” ia menambah sambil merenung tajam mataku yang berkelip-kelip menahan rembesan air mata yang bisa gugur ke bumi. ‘Oh Tuhan, tabahkanlah hatiku,’ aku berbisik sendiri.
Aku memandang Sarah yang sedang menangis teresak-esak di pangkuan puteri sulungku. Arisya Maisarah dipeluk erat. Ibrahim beria-ia menamakan anak kami dengan nama ‘Maisarah’. Ada udang di sebalik batu rupanya dan ada cinta yang tidak mampu dikuburkan. Hatiku benar-benar sayu.
Hanya dia yang aku cinta dan kepada dia aku mencurah kasih namun cintanya kepadaku tidak sepenuhnya. Ada insan lain yang sebenarnya bertakhta jauh dalam lubuk hati kecilnya.
“Kak Hajar, maafkan Sarah,”
~Masa Itu Emas~
~Ta'aruf Musafir~
- Musafir Cinta ALLAH
- Tawau, Sabah, Malaysia
- Seorang hambaNYA yang berasal dari bumi di bawah bayu. Bercita-cita menjadi hamba yang bersyukur padaNYA dan menyelusuri jalan-jalan kehidupan sebagai hamba dalam memburu cintaNYA.
..:: Sembang Musafir ::..
~Nukilan Musafir~
- Admin
- Baitul Muslim
- Muhasabah Dai'e
- Muhasabah Hamba
- Nukilan Kehidupan
- Pahlawan Agama
- Sirah
- Ucapan
~Negeriku~


