Perjalanan Mencari Redha...  

Posted by Musafir Cinta ALLAH in

Walaupun letih yang di rasa akibat baru bermusafir selama 3hari ke Pulau Pinang tidak mematahkan semangatku untuk bertemu Ibu tercinta di tanah kelahiranku.

Diri baru bermuhasabah apabila menjenguk anak-anak didikku di Pulau Pinang, mereka adalah bakal-bakal pendokong perjuangan sekaligus pembela agama ALLAH SWT. 3 hari bersama mereka banyak mengimbau kenangan kami bersama di tahun 2009. Aku gembira dan terharu, pelajar-pelajar ini akan membawa imej Islam setelah 6 Tahun dididik dalam ruanglingkup Islam. Aku sempat berpesan kepada mereka sebelum kaki ini melangkah pergi meninggalkan mereka untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam semuala.

"Kita hidup di dunia ini adalah hamba, Hamba pada ALLAH SWT.. Jangan sesekali ada rasa sombong dalam diri. kerana itu sedikitpun tidak menguntungkan kamu. sebaliknya hanya lah merugikan kamu. Hidup ini mulia kerana ISLAM, Islam tidak sesekali memerlukan kita, namun sebaliknya kita yang memerlukan Islam. Teori telah dipelajari, sekarang kamu akan maju selangkah kehadapan untuk menegakkan agama ALLAH. gunakan segala ilmu yang ada, dan jangan lupa pada satu ikatan yang kita bina selama ini. Ikatan itu adalah "Ikatan Ukhuwwah". Semoga kamu dalam redha dan rahmat ALLAH SWT. InsyaALLAH."


3 Hari bersama mereka cukup banyak mengajar erti kehidupan. dendangan lagu "Doa Perpisahan" daripada kamu semua cukup meninggalkan kesan di hati ini. Apa-apa pun kita kena yakin, kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Yakin lah wahai anak-anak didik ISLAM. kamu adalah bakal pembela dan pendokong perjuangan ini. Jangan pernah takut untuk menyatakan kebenaran. ALLAH sentiasa bersama kamu semua.

Kini aku juga seperti mereka, tetap meneruskan perjalanan hidup seperti yang telah aku yakini dalam rukun iman, yang aku akan beriman kepada qada' dan qadar. Aku merancang, ALLAH juga merancang. Tetapi perancangan ALLAH yang terbaik. InsyaALLAH. 

Setiba di shah alam, aku terus menyusun barang-barang yang hendak di bawah balik ke kampung halaman. Kemabaliku kali ini teramat berat, namun ku gagahi kerana aku memiliki tanggungjawab. Ya, tanggungjawabku kepada Ibu tercinta. 
"Ya ALLAH, Engkau peliharalah ibuku ini sepertimana dia menjagaku semasa kecil. Dan Engkau sayanglah dia seperti mana dia menyayangi kami adik-beradik. Engkau ampunkan lah diriku dan Engkau ampunkanlah dosa ibuku. Dan ya ALLAH, aku mohon kepadaMU, Engkau berilah aku kekuatan untuk ku membawa keluargaku dalam menghayati agamaMU yang sebenar. Ya ALLAH permudahkanlah.."

16 November 2010 perjalananku kembali ke kampung untuk mencari redha di kampung halaman bermula. tepat jam 12.00 tengahhari aku tiba di LCCT. Hampir seharian menanti masa keberangkatanku pada jam6.00 petang. Aku sengaja datang awal kerana ingin mencari sedikit bahan di LCCT sebagai bahan dalam 'kerja' ku nanti.

Penerbangan ke kampung di tunda ke jam7.00 petang. Dan kini terbanglah aku dengan Penerbangan Airasia ke kampung halaman. tepat jam9.50 malam, aku tiba di Airport Tawau di sambut oleh ibu tercinta yang tetap sabar menanti anak tercintanya dari jam9.00 malam.

Dan bermulalah perjalanan hidupku sebagai Musafir Cinta ALLAH di kampung halaman selama sebulan bercuti di sini.

Ada masa aku cerita lagi ya...

This entry was posted on Tuesday, November 16, 2010 at 11:37 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment