Perasaan CINTA itu anugerah Allah.Satu bentuk hadiah kepada hambaNya.Tidak salah untuk merasai manisnya CINTA.Cuma kita kena bijak membezakan CINTA dengan cinta.
Kalau seseorang memberi sebentuk cincin kepada kita,ADAKAH SAYANG KITA PADA CINCIN AKAN MELEBIHI SAYANGNYA KITA PADA PEMBERI HADIAH ITU?mestilah lebih sayang pada pemberi cincin tu kan.(kalau kita orang normal la)Macam tu juga significantnya CINTA.
CINTA VS cinta
Macam yang saya katakan tadi,CINTA adalah hadiah pemberian dari Allah.
-CINTA yang didasari dengan Iman akan membuatkan kita semakin kasih dan hampir kepada Allah bilamana kita ingatkan si dia.
-CINTA yang dikotori dengan hawa nafsu(dalam erti kata yang luas) membuatkan kita asyik dan seringkali melupakan Allah.
*Adakah dengan bercinta dengannya membuatkan diri lebih lama sujud padaNya?
*Adakah dengan bercinta dengannya membuatkan diri lebih kerap bersujud di tikar sembahyang?
*Adakah denga bercinta denganya membuatkan diri lebih mudah menitiskan airmata?
*Adakah dengan bercinta dengannya diri dapat merasakan betapa panas dan siksanya azab neraka?
KEPUTUSAN DITANGAN
Kalau 'ya' jawapannya,perjuangkan CINTA anda .Anggap apa yang berlaku hanyalah sebagai ujian terhadap kesucian CINTA anda.
Kalau 'tak' jawapannya,beristighfar dan bertahmidlah sebanyaknya.
*Kerana Allah taala masih ingin memberi peluang kepada Anda untuk merasai CINTA dalam ertikata yang sebenar.
*Kerana wanita yang baik Allah taala dah reserve untuk lelaki yang soleh , yang mampu membuatkan anda ingatkan Allah bilamana teringatkan dia.
* so Kalau rasa nak yang macam saidina ali,usahakan jadi macam fatimah.
ISLAM memerlukan umat yang sedar hakikat kehidupan,sentiasa terarah sasarannya,yang sedia untuk korban masa dan tenaga,yang jelas dan nampak matlamat akhir x lain adalah syurga dan redhaNya.
This entry was posted
on Thursday, October 28, 2010
at 5:06 AM
and is filed under
Muhasabah Dai'e
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.